Saturday, 17 August 2013

Surah Al-Ala



{87}
AL-A’LA (yang paling tinggi) 1~19.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Anggaplah kesucian nama Tuhan mu yang maha tinggi
2. Yang telah jadikan, lalu sempurnakan.
3. Dan yang telah  tentukan, lalu unjukkan
4. Dan yang telah tumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
5. Lalu jadikan dia kering yang berubah warnanya.
6. Nanti kami akan bacakan kepada mu, sesudah itu, tidak bakal engkau lupa.
7. Kecuali apa yang  dikehendaki oleh Allah, kerana sesungguhnya ia mengetahui apa yang terang dan barang yang tersembunyi.
8. Dan kami akan mudahkan mu kepada (agama) yang mudah.
9. Oleh sebab itu, ingat kan lah, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi menafaat.
10. Akan ternasihat orang yang takut.
11. Dan akan menjauhi dari orang yang celaka.
12. Yang akan  terpegang diapi yang amat besar
13. Kemudian, tidak bakal ia mati didalam nya dan tidak (pula) akan hidup.
14. Sesungguhnya berbahagialah orang yang bersihkan dirinya.
15. Dan ingat nama Tuhan nya serta sembahayang
16. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia.
17. Pada hal akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (hal) ini ada dikitab-kitab yang dahulu. 
19. (Iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa. 

[Previous Surah][Next Surah]    



.